Saturday, 18 February 2012

Review : Turbo Timer

Kami tahu ada antara kita yang tengah tercari-cari macam mana nak buat kereta jadi "cool".  Meh nak kongsi sikit. Kali ni pasal Turbo Timer atau dalam bahasa melayunya Pemasa Turbo.


Turbo Timer atau TT ni digunakan untuk membenarkan enjin terus hidup walaupun suiz enjin atau dalam bahasa biasanya kunci kereta dah dimatikan. Enjin akan terus hidup dalam masa yang dah ditetapkan oleh owner kereta.

Dengar macam takde faedah je pasang TT ni tapi sebenarnya ia boleh menjaga enjin kereta anda. Bayangkan lepas anda melenjan sesedap rasa kereta anda, sepatutnya enjin hendaklah dibiarkan hidup dalam masa kira-kira 1-3 minit sebelum boleh dimatikan. Ini kerana selepas melalui keadaan pemanduan agresif, minyak pelincir perlu mengeluarkan haba berlebihan yang dijana daripada pemanduan tadi. Haba ini juga boleh menjadikan minyak pelincir bertukar ke bahan kotoran. Senang cerita haba ni akan membakar minyak pelincir kereta anda menjadi bahan kotoran yang tak berguna.

TT ni bagi kami sesuai untuk kita pasang pada mana-mana kereta. Bukan saja kereta berenjin Turbo malah enjin NA pun boleh. Selain untuk menjaga enjin kereta anda, TT ni sesuai untuk membuat kereta anda agak cool. Baru nampak gempak. hehe.

Untuk menjimatkan lagi kos untuk memasang TT ni, apa kata DIY je pasang TT. Meh kami kongsi cara-cara pemasangan TT pada kereta anda.

Cara-cara pemasangan Turbo Timer (DIY)
  •  Pertama sekali anda perlu baca dulu manual / arahan yang diberi dalam kotak oleh pihak penjual (pembuat TT ni)
    • Secara asasnya ada akan ada beberapa warna mengikut port yang perlu disambungkan ke terminal-terminal tertentu. Sambungan ke terminal boleh refer pada diagram kat bawah ni.

  • Buka penutup suis untuk memudahkan membuat penyambungan. Bagi mereka yang tiada wiring diagram, disarankan untuk membuat testing "test lamp".
  • Sebelum nak buat penyambungan, port negatif di bateri perlu ditanggalkan untuk mengelakkan short circuit atau litar pintas.
  • Buka switch connector
  • Sambungkan wire dari adapter dan wire switch. Untuk info, ada tiga set wire yang perlu disambung.

  • Setelah penyambungan selesai, seal atau tutup sambungan tadi menggunakan electrical tape.
  • Sambungkan adapter tadi terus ke Turbo timer anda dan sambung semula ke wiring switch.
  • Buat satu sambungan ke switch Handbrake
  • Untuk keselamatan, gunakan electrical tape untuk menutup sambungan tadi. Kalau nak lagi cantik, buat soldering sikit pada sambungan tadi.
  • Sambung wire negatif ke body kereta.
  • Sambung semula port negatif di bateri dan set Turbo Timer ikut kesukaan anda.
  • Siap. Dah boleh vrooom vrooom dah.





Kami dah pakai dah Turbo Timer ni. Apexi fake je. Saja try pakai.Ok la. Serius nampak cool even kereta biasa je. Bukan sportcar pun. :)

Kat Market pun dah berlambak orang jual. Fake pun ada. Murah je. Tak sampai RM100 untuk satu unit yang boleh buat kereta anda sedikit cool dan gempak. So siapa nak order, meh order. hehe

Credit : diypomen

10 comments:

  1. Mcm mna nak connect dgn lock pintu,sbab dah pasang tp bila off enjin,masa enjin tengah running tu lock pintu x dpt conect..kena tngu enjin mati ikut masa ditetapkan br dpat lock pintu..please info..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kreta auto standart bleh guna tak??

    ReplyDelete
  4. Saya da pasang TT ni tp bila kunci kereta dah dimatikan enjin pun ikut mati sekali..apa masalahnya tu bro?

    ReplyDelete
  5. Kenapa saya dah pandang naik sekejap lampu chack enjin menyala ... mintak pertolongan 🙂

    ReplyDelete
  6. Thanks and that i have a swell offer: Where To Remodel House house renovation experts

    ReplyDelete