Salam,
Alhamdulillah ini buah tangan terbaru dari kami PC Planet Resources Sdn. Bhd. Baru khas untuk anda semua kaki-kaki motor diluar sana. Page ini baru sahaja dilancarkan setelah sekian lama tertangguh dalam perancangan tahunan. Target kami untuk page ini adalah untuk menjadi salah satu medium perantara terbaik dalam menyampaikan info-info berkaitan dengan teknologi dalam industri permotoran.
Kami di PCP KakiMotor akan cuba memberikan info dan review tentang kenderaan-kenderaan di dalam dan luar Malaysia. Kami akui mungkin ada diantara kita lebih pakar dalam satu topik itu. Jadi kami amat berbesar hati dan kami alu-alukan perkongsian idea dan maklumat untuk dikongsi bersama-sama. Walaubagaimanapun, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau respon yang berunsur cacian, perkauman atau negatif. Jika berlakunya unsur-unsur seperti ini, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan termasuklah tindakan undang-undang.
Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan kami tak kira di laman Facebook mahupun dimana saja. Semoga buah tangan terbaru kami ini terus mendapat sokongan dari anda semua.
Semoga kita berjumpa lagi.
Yang ikhlas,
Pengarah Urusan
PC Planet Resources Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment