Monday, 13 February 2012

Honda Insight Hybrid



Baru-baru ni kami berpeluang untuk memandu uji Honda Insight di Alor Setar, Kedah. Antara kereta hibrid yang paling murah di Malaysia, model ini didatangkan dengan 1.3Liter kapasiti enjin assist electric motor yang hampir sama dengan model Civic hibrid IMA (Intergrated Motor Assist). Untuk lebih lanjut berkenaan IMA klik disini. Tetapi kuasanya hanya 14PS berbanding Civic dengan 20PS.



Secara peribadinya,walaupun berkapasiti enjin 1.3Liter, ia tak sama seperti memandu Perodua Myvi 1.3Liter. Dengan penggunaan gearbox Continuous Variable Transmission (CVT) ia memberikan kuasa optimum pada enjin untuk prestasi dan penjimatan.



Dengan serapan suspension yang baik semasa berada di jalan raya, kami dapat menikmati keselesaan tempat duduk penumpang dan pemandu sambil menikmati panorama Masjid Zahir Alor Setar. Boot belakang model ini juga agak besar jika nak dibandingkan dengan Valkswagen Golf dengan kapsiti 408 Liter.

Masjid Zahir. Tak sempat nak capture gambar.Ni pun ambil dari google


Tetapi ada beberapa kelemahan yang kami dapat kesan. Antaranya noise yang terjadi sewaktu memecut. Jika dalam keadaan mood perjalanan yang jauh, kita perlu merasai dengungan angin dan jalan yang agak membingitkan. Walaupun ruang tempat duduk selesa tetapiketinggian bumbung agak kurang praktik dengan lengkungan di roofline.

Walaupun begitu secara keseluruhannya, model Honda Insight Hybrid ini adalah salah satu model yang praktikal dan mampu milik dengan harga RM98,000.000 yang patut kita letak dalam senarai yang perlu dimiliki. Tetapi perlu ingat.  Ada satu lagi model hibrid keluaran syarikat lain yang mampu menyaingi model ini. Nantikan kupasan kami tentang pesaing model ini, Toyota Prius tak lama lagi.

No comments:

Post a Comment