Saturday, 18 February 2012

Review : Turbo Timer

Kami tahu ada antara kita yang tengah tercari-cari macam mana nak buat kereta jadi "cool".  Meh nak kongsi sikit. Kali ni pasal Turbo Timer atau dalam bahasa melayunya Pemasa Turbo.


Turbo Timer atau TT ni digunakan untuk membenarkan enjin terus hidup walaupun suiz enjin atau dalam bahasa biasanya kunci kereta dah dimatikan. Enjin akan terus hidup dalam masa yang dah ditetapkan oleh owner kereta.

Dengar macam takde faedah je pasang TT ni tapi sebenarnya ia boleh menjaga enjin kereta anda. Bayangkan lepas anda melenjan sesedap rasa kereta anda, sepatutnya enjin hendaklah dibiarkan hidup dalam masa kira-kira 1-3 minit sebelum boleh dimatikan. Ini kerana selepas melalui keadaan pemanduan agresif, minyak pelincir perlu mengeluarkan haba berlebihan yang dijana daripada pemanduan tadi. Haba ini juga boleh menjadikan minyak pelincir bertukar ke bahan kotoran. Senang cerita haba ni akan membakar minyak pelincir kereta anda menjadi bahan kotoran yang tak berguna.

TT ni bagi kami sesuai untuk kita pasang pada mana-mana kereta. Bukan saja kereta berenjin Turbo malah enjin NA pun boleh. Selain untuk menjaga enjin kereta anda, TT ni sesuai untuk membuat kereta anda agak cool. Baru nampak gempak. hehe.

Untuk menjimatkan lagi kos untuk memasang TT ni, apa kata DIY je pasang TT. Meh kami kongsi cara-cara pemasangan TT pada kereta anda.

Cara-cara pemasangan Turbo Timer (DIY)
  •  Pertama sekali anda perlu baca dulu manual / arahan yang diberi dalam kotak oleh pihak penjual (pembuat TT ni)
    • Secara asasnya ada akan ada beberapa warna mengikut port yang perlu disambungkan ke terminal-terminal tertentu. Sambungan ke terminal boleh refer pada diagram kat bawah ni.

  • Buka penutup suis untuk memudahkan membuat penyambungan. Bagi mereka yang tiada wiring diagram, disarankan untuk membuat testing "test lamp".
  • Sebelum nak buat penyambungan, port negatif di bateri perlu ditanggalkan untuk mengelakkan short circuit atau litar pintas.
  • Buka switch connector
  • Sambungkan wire dari adapter dan wire switch. Untuk info, ada tiga set wire yang perlu disambung.

  • Setelah penyambungan selesai, seal atau tutup sambungan tadi menggunakan electrical tape.
  • Sambungkan adapter tadi terus ke Turbo timer anda dan sambung semula ke wiring switch.
  • Buat satu sambungan ke switch Handbrake
  • Untuk keselamatan, gunakan electrical tape untuk menutup sambungan tadi. Kalau nak lagi cantik, buat soldering sikit pada sambungan tadi.
  • Sambung wire negatif ke body kereta.
  • Sambung semula port negatif di bateri dan set Turbo Timer ikut kesukaan anda.
  • Siap. Dah boleh vrooom vrooom dah.





Kami dah pakai dah Turbo Timer ni. Apexi fake je. Saja try pakai.Ok la. Serius nampak cool even kereta biasa je. Bukan sportcar pun. :)

Kat Market pun dah berlambak orang jual. Fake pun ada. Murah je. Tak sampai RM100 untuk satu unit yang boleh buat kereta anda sedikit cool dan gempak. So siapa nak order, meh order. hehe

Credit : diypomen

Monday, 13 February 2012

Honda Insight Hybrid



Baru-baru ni kami berpeluang untuk memandu uji Honda Insight di Alor Setar, Kedah. Antara kereta hibrid yang paling murah di Malaysia, model ini didatangkan dengan 1.3Liter kapasiti enjin assist electric motor yang hampir sama dengan model Civic hibrid IMA (Intergrated Motor Assist). Untuk lebih lanjut berkenaan IMA klik disini. Tetapi kuasanya hanya 14PS berbanding Civic dengan 20PS.



Secara peribadinya,walaupun berkapasiti enjin 1.3Liter, ia tak sama seperti memandu Perodua Myvi 1.3Liter. Dengan penggunaan gearbox Continuous Variable Transmission (CVT) ia memberikan kuasa optimum pada enjin untuk prestasi dan penjimatan.



Dengan serapan suspension yang baik semasa berada di jalan raya, kami dapat menikmati keselesaan tempat duduk penumpang dan pemandu sambil menikmati panorama Masjid Zahir Alor Setar. Boot belakang model ini juga agak besar jika nak dibandingkan dengan Valkswagen Golf dengan kapsiti 408 Liter.

Masjid Zahir. Tak sempat nak capture gambar.Ni pun ambil dari google


Tetapi ada beberapa kelemahan yang kami dapat kesan. Antaranya noise yang terjadi sewaktu memecut. Jika dalam keadaan mood perjalanan yang jauh, kita perlu merasai dengungan angin dan jalan yang agak membingitkan. Walaupun ruang tempat duduk selesa tetapiketinggian bumbung agak kurang praktik dengan lengkungan di roofline.

Walaupun begitu secara keseluruhannya, model Honda Insight Hybrid ini adalah salah satu model yang praktikal dan mampu milik dengan harga RM98,000.000 yang patut kita letak dalam senarai yang perlu dimiliki. Tetapi perlu ingat.  Ada satu lagi model hibrid keluaran syarikat lain yang mampu menyaingi model ini. Nantikan kupasan kami tentang pesaing model ini, Toyota Prius tak lama lagi.

Friday, 10 February 2012

The New Proton Saga 2012

Ladies and gentleman, kami dengan rasa bangganya mempersembahkan kepada anda The New Proton Saga.



Dibuka untuk tempahan. Limited unit. Special edition. :-D

Admin rasa maybe bumbung kereta owner ni dah karat. tu yang togel tu. berfikiran positif. :)


Credit : Oh Media.

Wednesday, 8 February 2012

Baru Partiot : Proton P3-21A Persona R



Nampaknya tak lama lagi Proton Holding akan release model terbaru keluaran mereka. Admin difahamkan model yang diberi nama Proton Persona R atau Proton Tuah ini dijangka akan berada dipasaran pada awal bulan Mei 2012 ini. Dari apa yang admin peroleh, model terbaru ini seakan-akan concept car Proton Tuah yang dipamerkan di KLIMS 2010. Rekaan luaran sahaja memiliki iras-iras Proton Tuah. Admin peroleh beberapa gambar dari sumber yang boleh dipercayai dan mari kita lihat hasilnya. :)

Proton  P3-21A Persona R (hadapan)

  

Proton  P3-21A Persona R (belakang)
Bawah ni pula gambar Proton Tuah semasa KLIMS 2010

Proton Tuah (hadapan)
Proton Tuah (belakang)

Admin juga difahamkan yang Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah pun memandu uji model ini. Boleh refer disini. Dari apa yang beliau nyatakan, ada sedikit bayangan mengenai spesifikasi model terbaru Proton ini.  Admin ringkaskan untuk mudah faham. :)

  • Engin berkuasa 1.6liter Turbocharger
  • Vehicle seek lamp
  • Auto speed wiper
  • Auto side door folding mirror
  • Start/Stop push button
  • Auto wiper sensor
  • Auto headlamp
  • GPS system navigation
  • Impact sensing door lock
  • Central Locking
  • CVT transmission
  • Alarm system with Immobilizer 
  • Tiptronic selection
  • Paddle shifter mounted at steering
  • ABS system with break assist
Dari apa yang beliau nyatakan, semua spesifikasi ini adalah untuk Top level model. Maksudnya mungkin ada sedikit kekurangan bagi med dan low level untuk model ini. Berpandukan pada kenyataan Dr. Mahathir, model ini akan dilancarkan dalam masa tiga bulan dari sekarang. May mungkin. :-)

So, siap sedia lah duit cukup-cukup. Buat OT banyak sikit. :-)


Tuesday, 7 February 2012

Gila Cool : Honda + Acura = Honda NSX



Satu lagi Concept Car yang akan dilancarkan tak lama lagi. Gabungan teknologi dari Honda dan Acura. Concept car yang dipamerkan di Detroit Motor Show ini akan menggunakan VTEC 3.5Liter V6 Direct injection yang akan menggabungkan Dual transmission clutch.

Ia juga adalah concept car yang menggunakan kuasa hibrid dan Sport Hybrid SH-AWD (Super Handling All Wheel Drive) sistem yang mana akan memberikan pemanduan yang terbaik dan penjimatan minyak yang efisien dan bersih dalam masa yang sama.



Sport Hybrid SH-AWD (Super Handling All Wheel Drive) ini juga menggabungkan dua unit Motor Drive dengan torque adjustable control system yang akan digunakan untuk menghasilkan torque positif dan negatis semasa mengambil selekoh.

Admin tak dapat full spec untuk concept car ini disebabkan pihak Honda sendiri masih tidak release full details. Tapi dari rumors kereta ini akan diberi suntikan 400HP dan akan mampu untuk memecut 0 hingga 60 mph dalam masa kurang 5 saat.  Berbaloi la untuk hibrid car.

Kereta in dijangkan berada dalam pasaran dalam beberapa tahun lagi.Sempat la kumpul duit.hehe


Gila Superb : Shayton Equilibrium

Supercar terbaru keluaran syarikat Shayton Automobile dari Slovenia ni memang superb. Dengar nama dia pun dah gerun.Tu belum lagi test drive. fuhh superb la beb.



Berkapasiti engin V12 yang boleh generating 1,099 HP dan torque engin 94.8Nm memang tak hairan lah kalau kereta ni boleh pecut dari 0-60mph dalam masa 2.9 saat je dan boleh cecah sampai top speed hingga 250mph! MPH beb. bukan KMH! 

Berat untuk supercar ni hanya 1,200kg je. Antara faktor yang buat reducing weight ni penggunaan titanium dan carbon dalam construction chassis dan power-to-weight ratio sama dengan 1.42 kg/hp.





ha sekarang part paling syok. Untuk sebiji "Syaiton" ni je dah EUR 1,000,000 ataupun sama dengan $1,400,000 ataupun dalam ringgit pulak RM3,950,333.33. Memang confirm dalam mimpi je la admin boleh beli.Tapi kot maybe kalau ada sesiapa yang sudi hadiahkan kepada admin amatlah dialu-alukan. Kecil tapak tangan, poket kami tadahkan.hehe
So, kepada sesiapa yang nak naik "Syaiton" ni dan jadi "Syaiton" boleh lah buat preorder sekarang. Admin dapat info yang supercar ni hanya akan dikeluarkan dalam 20 unit sahaja. So siapa cepat,dia dapat.

Meh order meh! hehe


Lagi gambar Shayton Equilibrium di bawah
 

Buah tangan terbaru dari kami

Salam,


Alhamdulillah ini buah tangan terbaru dari kami PC Planet Resources Sdn. Bhd. Baru khas untuk anda semua kaki-kaki motor diluar sana. Page ini baru sahaja dilancarkan setelah sekian lama tertangguh dalam perancangan tahunan. Target kami untuk page ini adalah untuk menjadi salah satu medium perantara terbaik dalam menyampaikan info-info berkaitan dengan teknologi dalam industri permotoran.

Kami di PCP KakiMotor akan cuba memberikan info dan review tentang kenderaan-kenderaan di dalam dan luar Malaysia. Kami akui mungkin ada diantara kita lebih pakar dalam satu topik itu. Jadi kami amat berbesar hati dan kami alu-alukan perkongsian idea dan maklumat untuk dikongsi bersama-sama. Walaubagaimanapun, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau respon yang berunsur cacian, perkauman atau negatif. Jika berlakunya unsur-unsur seperti ini, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan termasuklah tindakan undang-undang.

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan kami tak kira di laman Facebook mahupun dimana saja. Semoga buah tangan terbaru kami ini terus mendapat sokongan dari anda semua.

Semoga kita berjumpa lagi.

Yang ikhlas,
Pengarah Urusan
PC Planet Resources Sdn. Bhd.